August 4, 2010

Salam kepada ahli kelab multimedia dan juga pelawat yang sudi menziarahi blog ini. Seperti yang telah diberitahu dalam perjumpaan di sekolah, kita akan mengadakan pertandingan sesama ahli iaitu 'Pertandingan Fotografi'.

Kami di antara AJK kelab telah berbincang dan menetapkan terma dan syarat untuk menyertai pertandingan ini. Bagi sesiapa yang berminat, ini adalah di antara syarat-syaratnya:

  1. Gambar yang dipertandingkan hendaklah bertemakan 'Uniknya Ramadhan'.
  2. Gambar yang dipertandingkan mestilah ASLI dan tidak ditiru daripada sumber lain seperti di Internet.
  3. Gambar yang dipertandingkan BOLEH DIEDIT tetapi TIDAK BOLEH BERLEBIHAN.
  4. Peserta boleh menggunakan kamera digital, telefon bimbit, webcam dan sebagainya.
  5. Peserta hendaklah menyerahkan gambar kepada AJK kelab dalam PENDRIVE.
  6. Peserta hanya layak menghantar MAKSIMA 3 gambar sahaja.
  7. Peserta hendaklah menghantar karya masing-masing sebelum CUTI HARI RAYA.
  8. Sesiapa yang hendak menyertai pertandingan ini boleh menyertai secara individu atau berkumpulan. Bagi yang hendak berkumpulan, ahli kumpulan mestilah TDAK LEBIH daripada 3 orang.
  9. Setiap gambar yang dihantar hendaklah disertakan sekali: NAMA GAMBAR dan NAMA PESERTA.
  10. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan, surat-menyurat dan yang seangkatan dengannya tidak akan dilayan.
  11. Sebarang pembaharuan terhadap terma dan syarat ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Sebarang pertanyaan, sila gunakan chatbox yang disediakan atau berjumpa dengan AJK yang terlibat.

Pastinya setiap pertandingan ada hadiahnya buat yang tebaik. Hadiahnya lumayan sekali, akan diwar-warkan di blog ini tak lama lagi. Oleh itu, AJK kelab menggalakkan ahli kelab yang lain menyertai dengan bersungguh-sungguh kerana bukan selalu kita dapat buat aktiviti begini.

Sebelum itu jika hendak hadiah tersebut, ahli kelab yang mempunyai hutang tertunggak berbulan-bulan, SILA BAYAR yuran kelab kepada bendahari secepat mungkin. Ingat, sebulan = RM2, kalau sejak awal tahun tak bayar, 7 bulan = RM14. Jikalau mati hutang tak dilunaskan, di akhirat nanti kami tuntut...

Labels:



Natasya K keyboard : 4.8.10

******


Info

Name: Kelab Multimedia

Created at: 3 July 2010

Location: Seksyen 27,Shah Alam

Who's here?

person is online now

BGM

Carta Organisasi

Guru Penasihat: Mlm Izaidi

Pengerusi: Hakim

Timb.Pengerusi: Natasya

Setiausaha: Aziim

Bendahari: Ismail

Waffa

AJK: Wafeeq & Ain

Azhar & Batrisyia

Hadi & Sarah

[close]